Sunday, December 26, 2010

Gagal Sekali x Bermakna Gagal Selamanya

sedih+kecewa+putus asa+malu...... erm, itu la yang aku rase saat aku dapat result PMR pada 23 Disember baru-baru ini.... bayangkan hanya Allah yang tahu macam mana berdebarnya aku masa duk lam dewan makan asrama untuk tunggu result... rase macam xtau nk wat pe.... tp tup2, erm namaku tidak disebut dalam senarai yang mendapat 9A...... saat 2 aku rase hidup nie dh xbermakna lagi... tapi aku cepat2 beristighfar kepada Allah minta diberikan petunjuk dan kesabaran atas keputusan yang aku terima..... 2 hari aku berkurung dalam bilik kerana xsanggup nk berdepan ngn orang2 sekeliling aku terutamanya ibu bapa aku.... aku tahu mereka kecewa walaupun mereka tidak jemu2 menasihatiku dan berkata keputusanku itu sudah cemerlang.... kesan daripada aku berkurung selama 2 hari dalam bilik telah menyedarkanku bahawa 'gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya'...... PMR bukanlah penentu segalanya.... kini, aku bersyukur atas nikmat kurniaan Allah dengan memberiku keputusan 8A...... alhamdulillah.... aku juga sangat berterima kasih kepada keluargaku yang telah banyak memberikanku kata2 semangat dan nasihat, kepada rakan-rakanku yang telah banyak membantuku selama ini sekaligus mengajarku erti kehidupan sebagai seorang pelajar, kepada seseorang yang istimewa bagiku iaitu (mr.k) yang telah menghiburkanku dan meniupkan kata2 pengharapan dan juga semangat untuk aku terus berdiri sebagai seorang makhluk di bumi Allah ini, dan seterusnya orang2 sekeliling aku yang lain iaitu, senior2 dan junior yang telah banyak memberikanku tunjuk ajar dan mengucapkan tahniah atas kejayaanku........sesungguhnya aku bersyukur kerana dikurniakan orang2 sekeliling yang sentiasa baik kepadaku.... aku berazam untuk melakukan yang terbaik dalam SPM 2 tahun lagi seperti janjiku kepada ibu bapaku n mr.k.... aku sayang korang sume.....

1 comments:

JANCD said...

Salam...buat adiku..jangan la terlalu kecewa dengan keputusan itu...ia dah dikira cemerlang...ini baru permulaan, sekadar ujian kecil sahaja, masih banyak lagi ujian yang akan dilalui selepas ini...adik boleh tebus balik pada SPM yang menentukan masa depan adik masa akan datang..ini lagi besar ujiannya...berusah dari sekaranag adikkku....cayok3...abang jamal doakan adik dapat jadi insan yang cemerlang didunia dan akhirat...insaAllah....

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates